1. Mengenal pasti permasalahan
- Memikirkan mengenai kepeluan dan spesifikasi sesuatu barangan yang hendak direka bentuk melalui pengamatan, perbincangan dan pengalaman untuk mendapat idea baru.
2. Mengumpul maklumat
- Mendapatkan maklumat sebanyak mungkin dari pelbagai sumber yang berkenaan.
- Membuat kajian berdasarkan barangan yang sediaada.
- Memahami keperluan, dugaan dan penghargaan konsumer.
- Memilih, mengumpul, menyusun dan mempersembahkan maklumat dalam portfolio.
3. Lakaran awal
- Mencari penyelesaian dan memgeluarkan idea
- Menggambarkan rakaman idea.
- Menyesuaikan reka bentuk mengikut citarasa dan kehendak konsumer.
- Melakar dan melukis sebanyak mungkin lukisan-lukisan barangan yang hendak dicipta.
Contoh lakaran awal kerusi
4. Pemilihan idea
- Daripada lakaran awal idea , pilih yang terbaik untuk dilukis dengan tepat.
- Mengaplikasikan maklumat dan membuat interpretasi.
5. Lakaran komprehensif
- Membuat lukisan reka bentuk dua dimensi (2D) berpandu maklumat.
- Membuat lukisan reka bentuk tiga dimensi (3D) berpandu pelan.
6. Mock Up
- Kebiasannya ibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunkan bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti cardboard foam dan polisterin
- Dapat membantu kita melihat dan menilai produk dari aspek keseimbangan, struktur, keselamatan, cara pembuatan dan kesesuaian bahan.
Contoh mockup kerusi
7. Kritik
- Mengumpul pendapat-pendapat orang lin, hasil perbincangan , cadangan serta idea barru untuk perkembangan reka bentuk kemudian.
8. Mengemaskini karya
- Menyemak semula maklumat yang dikumpul melalui perbincangan dan persembahan.
- Membuat pengubahsuaian untuk menyempurnakan reka bentuk.
9. Reka bentuk akhir
- Membuat produk yang telah dipilh dan diperbaiki menggunakan perkiraan yang betul dan tepat mengunakan bahan yang dicadangkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan