4.1 Jenis-jenis penggunaan video
1. Narasi
- Merupakan suara manusia yang diguakan sebagai suara latar.
- Digunakan bagi menerangkan sesuatu perkara atau memberi arahan untuk melakukan sesuatu tugas.
2. Kesan bunyi
- Bunyi latar seperti orang berlari, deruan angin, bunyi motosikal dan menggumpal plastik.
3. Muzik latar
- Bunyi yang dihasilkan melaluigabungan alat muik seperti gitar, drum dan piano.Muzik latar tidak mempunyai suara penyanyi.
4.2 Penghasilan dan manipulasi bahan audio
1. Merakam
- Proses merakam bunyi dalam bentuk suara, muzik dan sebagainya. Peranti input paling utama adalah mikrofon.
2. Mendigitkan(Digitize)
- Proses menukarkan audio analog ke digital audio.
- Seimbangkan kualiti audio.
- Mnetapkan tahap rakaman yang sesuai untuk mendapatkan rakamn yang berkualiti tinggi dan bersih.
3. Mengedit
- Operasi melibatkan penyuntingan asas seperti memotong ,pelarasan kelantangan dan bekerja di pelbagai trek.
4. Mixing
- Proses merakam dan mencampurkan pelbagai bunyi dalam satu saluran atau saluran berbeza.
5.Output
- Output adalah hasil audio yang telah siap melalui semua proses dan telah boleh mula digunakan atau disiarkan.
4.3 Format audio digital
1. Wav
- Format fail yangpaling meluas digunakan dan disokong oleh windows.
- Mampu menyokong rakaman dengan saiz sampel setinggi 8 bit dan juga 16 bit.
- Biasanya digunakan bagi menyimpan fail audio yang tidak dimampatkan.
2. AIFF
- Format ini digunakan pada sistem komputer jenis macintosh, Amiga dan Silicon Graphics.
- Mampu menampung sehingga 32 bit audio.
- Biasnya digunakan secara profesional.
3. MIDI
- Musical Instrument Digital Interface (MIDI) merupakan format fail audio yang sering digunakan bagimenyimpan fail audio khususnya muzik.
- Menyimpan maklumat dalam bentuk nota muzik(tanpa suara).
4. RIFF
- Resource Interchange File Format (RIFF)
- Bukan format fail tetapi struktur fail yang mentakrifkan kelas lebih khusus.
5. MP3
- Motion Picture Expert Group Level 3 (MP3) merujuk kepada format fail audio yang semakin popular terutamanya bagi tujuan penyaluran muzik melaluitalian internet.
- Mempunyai saiz fail yang hampir 12 kali lebih kecil berbanding fail format audio yang biasa tetapi masih mampu mengekalkan kualiti bunyi yang baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan