Elemen - Elemen Reka Bentuk



1.3     Elemen reka bentuk


  1. Bentuk
    - Mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu
      permukaan.
    - Rangka bentuk ialah strukturnya. Stukturnya berbeza mengikut
      sudut pandangan yang berbeza.   
         
     Terdapat dua jenis bentuk:

     a)   Bentuk konkrit iaitu bentuk objek sebenar yang bersifat 3
               dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa.
     b)   Bentuk ilusi iaitu bentuk visual bersifat dua dimensi yang
                digambarkan dalam lukisan, catan dan sebagainya.


RAJAH 23



2. Rupa
     - Hasil titik penghujung sesuatu garisan dengan tiitik
       permulaannya.
     - Kawasan rata yang dilingkari oleh satu garisan luar, serta tidak
       mempunyai jisim.

     Dua jenis rupa:

     a)   Rupa geometri meliputi rupa bulat, segi empat sama, segi
           tiga dan rupa - rupa lain yang bersudut dan direka dengan
           sengaja.

Rajah 24


    b)   Rupa  organik adalah rupa yang bebas, tanpa sudut dan
          direka secara spontan
Rajah 25

3.  Warna
      - Terdapat tiga kumpulan warna dalam roda warna iaitu :

      a) Warna asas  yang juga dikenali sebagai warna utama dan
           tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna - warna lain.
Rajah 26


     b)  Warna sekunder dihasilkan dengan campuran dua warna asas
          iaitu:

Warna
Campuran warna
Hijau
Biru + kuning
Jingga
Kuning + merah
Ungu
Merah + biru


    c)  Warna tertier ialah campuran dua warna yang bersebelahan
         dalam roda warna iaitu satu warna asas dengan satu warna
         sekunder.

Warna
Campuran warna
Kuning hijau
Kuning + hijau
Kuning jingga
Kuning + jingga
Merah jingga
Merah + jingga
Merah ungu
Merah + ungu
Biru ungu
Biru + ungu
Biru hijau
Biru + hijau



    Terdapat tiga kumpulan gubahan warna iaitu :

    a) Warna harmoni juga dikenali sebagai warna sekeluarga
         merupakan set atau kumpulan warna yang terletak
         bersebelahan satu sama lain pada roda warna.

Rajah 27      Contoh warna - warna harmoni


   b)  Warna penggenap merupakan kumpulan warna yang terletak
         bertentangan satu sama lain dalam roda warna. Contoh warna
         penggenap:

Warna penggenap
Merah
Hijau
Kuning
Ungu
Biru
Jingga
Merah jingga
Biru hijau
Kuning hijau
Merah ungu
Biru ungu
Kuning jingga



 c)   Sewarna yang juga dikenali sebagai warna monokrom
       merupakan suatu warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton.

Rajah 28     Contoh sewarna bagi warna merah


    Terdapat dua suhu warna iaitu :

    a)  Warna panas yang terdiri daripada warna - warna antara
          merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna

Rajah 29    Contoh warna panas


   b)  Warna sejuk yang terdiri daripada warna - warna antara hijau
         hingga ungu pada roda warna.

Rajah 30     Contoh warna sejuk

4.   Garisan

   - Cantuman satu siri titik - titik yang bersambungan atau yang
     mempunyai jarak - jarak tertentu.
  - Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa,
    jalinan, ton, dan corak serta  menimbulkan bentuk, ruang dan
    pergerakan.


5.  Tekstur
   - Tekstur ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
      benda.
   - Terdapat dua jenis jalinan  iaitu:

   a) Tekstur sentuh yang merupakan tektur yang dirasai melalui
       sentuhan. Wujud pada hasil kraftangan tradisional seperti
       anyaman, tenunan dan ukiran.
  b) Tekstur tampak merupakan jalinan dalam dua dimensi, hanya
      dapat dilihat dan tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Lukisan
      biasanya terdapat tekstur ini.



0 ulasan: