Selasa, 28 Mei 2013



Modul 3: Internet















Modul 5:Isu dan Cabaran


Isnin, 27 Mei 2013

Soalan SPM Produksi Multimedia

Sabtu, 11 Mei 2013


PENERBITAN MULTIMEDIA KREATIF


Penerbitan Multimedia Kreatif merupakan mata pelajaran elektif vokasional yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil kursus Multimedia di Sekolah Menengah Teknik Aliran Vokasional. Kurikulum ini digubal bagi pelajar yang kreatif dan berminat dalam penerbitan bahan grafik atau produk Multimedia. 

Kurikulum ini juga digubal berasaskan kepada bidang ilmu sains komputer, reka bentuk grafik dan seni digital. Hal ini bertujuan untuk menghasilkan kurikulum yang mantap untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam menggunakan pelbagai media berasaskan teknologi maklumat dalam menghasilkan produk Multimedia yang berkualiti.

Mata pelajaran ini memiliki lima modul utama iaitu:

1.     Pengenalan Kepada Reka Bentuk Grafik
2.     Memahami Elemen Multimedia
3.     Internet
4.     Pembangunan Multimedia
5.     Isu dan Cabaran


Rajah 1    Bab - bab dalam Penerbitan Multimedia Kreatif

Virus

5.0     Virus

Virus merupakan program komputer yang berupaya bersembunyi dan menyalin diri sendiri dari satu komputer ke komputer lain. Virus boleh disebarkan sama ada dihantar oleh penggodam melalui email, web atau perkongsian data dari cakera liut atau disebabkan oleh ralat atur cara itu sendiri. 

Virus komputer merupakan sejenis program yang dibina untuk menyebarkan salinan program berkenaan tanpa dapat dikesan oleh sistem komputer. Apabila virus tersebar, ia akan menunggu masa yang sesuai untuk menyebabkan komputer melakukan tindakan - tindakan yang tidak diingini seperti memusnahkan data pengguna.



5.1     Kategori Virus

Terdapat beberapa jenis virus yang selalu menyerang komputer pengguna. Antaranya ialah:

  1. Macro (Makro)
  2. Trojan (Kuda Trojan)
  3. Worm (Cecacing)
  4. Time Bomb (Bom Jangka)


5.1.1      Macro (Makro)

Virus makro merupakan virus paling kerap ditemui menyerang komputer pengguna. Hal ini kerana proses pembinaan virus ini mudah. Virus ini ditulis dalam bentuk bahasa makro pada perisian aplikasi pemprosesan kata, hamparan atau pangkalan data. 

Virus ini selalu ditemui dalam fail - fail data yang dikongsi seperti dokumen Microsoft Word atau fail hamparan Microsoft Excel.Virus ini juga berkemampuan mengganggu seperti meletakkan perkataan - perkataan ganjil dalam seseuatu dokumen atau merosakkan fail secara rambang.  


Virus makro merupakan program kecil yang asalnya digunakan untuk mempercepatkan sesuatu kerja seperti mencipta sesebuah dokumen. Apabila sesebuah fail Word atau Excel dibuka, makro yang berada bersama fail tersebut akan diaktifkan. Kadang kala arahan makro yang dibina boleh merosakkan fail berkenaan. 


Sekiranya sesuatu atur cara makro hantar kepada sistem sedangkan konfigurasinya tidak betul, virus makro akan aktif. Sekiranya pengguna menghantar maklumat yang mengandungi virus makro, virus makro akan tersebar dalam sistem.


Kebanyakan virus makro menyebabkan masalah yang kecil sahaja seperti bahagian kotak dialog buka dan simpan tidak dapat dilaksanakan. Terdapat juga virus makro ini menyebabkan kerosakan serius pada sistem pengoperasian komputer. Contoh virus makro ialah virus Concept yang berjangkit pada dokumen MS - Word dan virus Laroux yang berjangkit pada dokumen MS - Excel.


Walau bagaimanapun, terdapat banyak perisian yang mampu mengesan virus makro serta terdapat sesetengah sistem pengoperasian yang menyediakan perisian anti virus jenis ini. 



Rajah 5.1.1      Contoh paparan virus makro


5.1.2      Trojan (Kuda Trojan)
Virus ini mendapat namanya daripada cerita Rome tua yang menggunakan kuda kayu sebagai hadiah. Para soldadu (tentera) bersembunyi dalam kuda tersebut untuk menyerang balas. 

Rajah 5.1.2      Contoh Virus Kuda Trojan
Rajah 5.1.2.1     Kuda Trojan Rome Tua

Apabila virus ini menyerang komputer, ia akan kelihatan seperti fail yang asli (menyamar). Apabila pengguna membuka fail berkenaan, virus tersebut akan melaksanakan tugasnya seperti memadam program - program lain yang terdapat dalam cakera keras.



Virus Kuda Trojan tidak termasuk dalam kategori virus sepenuhnya kerana hanya memadam data. Virus ini tersebar semasa menyalin fail atau memuat turun fail dari internet.



5.1.3      Worms (Cecacing)

Virus cecacing ini merupakan sejenis atur cara yang membuat salinan secara berterusan sehingga sistem komputer menjadi perlahan dan seterusnya berhenti. Virus ini mengimbas sistem atau keseluruhan rangkaian dan mencari ruang cakera yang tidak digunakan untuk melaksanakan programnya. Atur cara ini tidak menunggu masa, sebaliknya aktif apabila komputer melaksanakan tugasnya dan akan lebih mudah merebak berbanding virus bom logik dan bom jangka. 


Virus cecacing paling terkenal berlaku pada 2 November 1988 yang diperolehi melalui internet. Hanya dalam dua hari sahaja, lebih kurang 6200 sistem komputer berasaskan sistem pengoperasian Unix di rangkaian telah dijangkiti virus ini.


Virus ini juga berfungsi sekiranya pengguna menggunakan fail yang telah dijangkiti virus. Contohnya, virus cecacing Melissa merebak pantas melalui email sehingga mengakibatkan rangkaian komputer menjadi sesak dengan trafik email.   



Rajah 5.1.3     Paparan Virus Cecacing


Rajah 5.1.3.1     Komputer mengesan Virus Cecacing



5.1.4     Time Bomb (Bom Jangka)

Bom jangka merupakan suatu perisian yang akan aktif apabila tiba masanya seperti setelah beberapa kali komputer pengguna dibut. Contohnya, virus Michelangelo merupakan virus yang aktif setiap 6 Mac bersamaan dengan hari jadi pelukis terkenal, Michelangelo.



Rajah 5.1.4    Paparan Bom Jangka



5.2     Langkah - Langkah Pencegahan Jangkitan Virus



  1. Menggunakan atau memasang perisian pencegahan virus untuk memeriksa fail - fail yang baru digunakan bagi mengelakkan jangkitan virus.
  2. Menggunakan program anti - virus untuk mengimbas cakera dari virus sebelum digunakan.
  3. Mengimbas apa jua program baru sebelum menjalankannya. 
  4. Berhati - hati dalam memuat turun perisian atau fail dari orang yang tidak dikenali atau laman web yang tidak pasti sumbernya.
  5. Berhati - hati dengan sambungan fail (file extension) tersembunyi. Bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus, paparkan sambungan tersembunyi dengan arahan "show hidden files and folders" dipilih dan membuang tanda "hide file extensions for known file types" pada Folder Option di Control Panel Desktop Window. 
  6. Jangan terus menaip arahan atau pergi pada laman web yang diberitahu oleh orang tidak dikenali.
  7. Jangan memuat turun program yang boleh dilarikan (executable) tanpa sebab atau hanya untuk mengetahui fungsi program tersebut.
  8. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak kerana merupakan perangkap disediakan oleh penulis virus.



Sumber : Abd Samad Hanif, Norhasbiah Ubaidullah, Ramlah Mailok, Norhaziah Md Salleh & Khairulanuar Shamsuddin. 2005. Teknologi Maklumat

Etika

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, etika merupakan prinsip moral atau akhlak atau nilai - nilai yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika merupakan sesuatu yang penting dan perlu dipatuhi bagi menjamin suasana yang aman dan selamat. 

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut mempunyai etika tertentu yang perlu dipatuhi bagi menjamin suasana penggunaan teknologi yang selamat dan terjamin. 

Terdapat tiga perkara yang akan dibincangkan berkaitan dengan etika iaitu:

  1. Pencerobohan
  2. Norma/ nilai
  3. Pornografi


5.4.1    Pencerobohan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencerobohan bermaksud perihal, perbuatan atau tindakan menceroboh atau pencabulan. Pencerobohan ini dilakukan oleh penceroboh yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem kerana berniat jahat, khianat, sabotaj dan sebagainya. 

Pengetahuan mereka hampir sama dengan penggodam, tetapi apa yang membezakan kedua - dua individu ini adalah niat mereka. Penceroboh dikenali melalui tindakan mereka yang angresif dan boleh memberi ancaman. Kebiasaannya, mereka tidak akan memberi peluang kepada pengguna sekiranya telah masuk dalam kawalan mereka.  


5.4.2    Norma/ Nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, norma merupakan satu ukuran untuk menentukan sesuatu perkara, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. 

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi turut menggariskan norma/ nilai yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dalam penggunaan teknologi. Antara perkara yang dilarang dilakukan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah:


  1. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
  2. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menghantar sebarang bentuk maklumat atau perkara rahsia rasmi yang harus diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan. 
  3. Melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan bahan, teks ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur - unsur lucah. 
  4. Menggunakan penggunaan internet untuk tujuan peribadi.
  5. Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti forum, newsgroup dan papan buletin.
  6. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas.
  7. Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan fail melebihi saiz 2MB yang mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem pangkalan komputer. 







Sumber : Abd Samad Hanif, Norhasbiah Ubaidullah, Ramlah Mailok, Norhaziah Md Salleh & Khairulanuar Shamsuddin. 2005. Teknologi Maklumat