Sabtu, 11 Mei 2013

Pembangunan Laman Web

4.1 Elemen Laman Web

Pembinaan Laman Web adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat denga masyarakat. Terdapat beberapa elemen Laman Web yang menjadikan sesebuah laman web menjadi lebih menarik. Setiap laman web yang dibina mestilah bersifat mesra pengguna iaitu memudahkan pengguna.Setiap pautan mestilah mudah dicari dan senang difahami. Laman Web yang keompleks menjadikan proses pencarian lebih lambat dan menyukarkan pengguna. Selain teks, di dalam proses pembinaan laman web juga perlu mengandungi pelbagai elemen multimedia yang lain seperti grafik, audio, video, dan animasi. LamanWeb juga perlu lebih interaktif dengan meletakkan komunikasi sosial seperti forum, facebook, twitter dan sebagainya. Secara tidak langsung, pengguna  dapat berinteraksi dan memberi tindak balas segera mengenai produk atau maklumat yang dipaparkan selain berkongsi maklumat tambahan.


4.2 Alat Pengarangan

    Pembinaan laman Web dihasilka untuk membolehkan ia dicapai oleh orang lain. Pembinaan laman web ini dikenali sebagai pengarangan web. Halaman web boleh dibangunkan dengan menggunakan aturacara HTML (Hypertext Markup Language) atau perisian khusus. Untuk membina tapak web, semua fail dokumen berkaitan untuk dipaparkan perlu dikenalpasti terutama yang melibatkan pautan.  Untuk menjadikan tapak Web lebih menarik dan interaktif, elemen multimedia seperti audio. video, grafik ,animasi yang dimasukkan dalam setiap halaman. Selain HTML tapak web juga dibina dengan menggunakan perisian pengarangan Web seperti Dream Weaver, Composer dan Frontpage. Perisian ini dikenali sebgai penyunting halaman Web dan penyunting HTML. Terdapat 2 jenis perisian multimedia yang dihasilkan iaitu perisian persembahan seperti menggunakan perisian powerpoint dan perisian kedua ialah perisian pengarangan seperti Microsoft Word.



Sumber:

Mohd Afzaini Maarof, Siri III teknologi maklumat dan koridor raya multimedia (MSC), UTM Publishtion
Ramlah Mailok, Buku Teknologi komputer, 
Zaidatun Tasir, Sistem komputer dan aplikasinya, Venton Publishing