Sabtu, 11 Mei 2013

Aplikasi Web

3.1   E-mail

    Telefon dan surat merupakan satu alat yang digunakan sebelum wujudnya Internet komunikasi pada masa sekarang. Dengan penggunaan Internet , kita dapat berhubung dengan lebih luas melalui e-mel. E-mel merupakan salah satu cara komunikasi yang penting untuk tujuan peribadi dan perniagaan. Untuk menggunakan e-mel sesorang perlu mendapatkan capaian Internet dan perisian e-mel.  Antara contoh perisian e-mel yang digunakan ialah Netscape’s Navigator dan Microsoft’s Outloook Express. Untuk mengirim email, kita perlu mengetahui alamat e-mail yang ingin dihantar.


Rajah 3.1 Email

3.2 E- Bussiness
      Perniagaan Internet adalah suatu kaedah perniagaan yang membolehkan seseorang berniaga secara atas talian atau melalui Internet. Konsep perniagaan tidak jauh berbeza dengan perniagaan konvensional . Peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Perbezaannya adalah proses transaksi urusniaga tersebut iaitu ia dilakukan secara dalam talian. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada di lokasi yang berbeza. Terdapat 2 bentuk perniagaan Internet iaitu:


  • Perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Perniagaan berasaskan produk


3.3  News Group
  Newsgroup atau dalam bahasa melayunya Kumpulan berita merupakan perkhidmatan Internet dalam perbincangan kumpulan yang popular.  Perkhidmatan ini menggunakan Usenet iaitu satu rangkaian khas komputer.  Dalam kumpulan berita setiap computer yang terlibat akan menyelenggarakan senarai kumpulan beritanya. Kumpulan berita ini disusun mengikut topik-topik utama bidang-bidang yang dirancang. Senarai bidang ini dibahagikan mengikut hierarki.



3.4 WWW( World Wide Web)

 3.4.1  Portal   


Portal Web merupakan laman web yang dicipta untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan Internet dari sesuatu . Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah enjin gelintar, berita sukan, e-mail dan pautan kepada web lain yang terpilih. Contoh portal yang popular ialah Yahoo.com



    Rajah 3.2 Yahoo.com

3.4.2   E-commerce

Dengan kemudahan Internet kini, kita bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat tetapi juga boleh membeli belah. Pengendalian aktiviti perniagaan secara atas talian dikenali sebagai e-dagang. Dengan menggunakan kaedah e-dagang kita boleh membuat bayaran melalui cek, kad kredit, dan tunai secara elektronik. Kaedah perniagaan di alam maya ini membolehkan pengguna memilih produk atau barangan melalui kedai maya iaitu seperti Halaman Perniagaan Web.  Pada masa kini terdapat banyak perniagaan yang diusahakan secara atas talian iaitu melalui blog, facebook dan halaman Web. Kaedah ini amat Berjaya kerana ianya mempunyai rangkaian yang meluas dan sesiapa sahaja boleh mendapatkan barangan dengan mudah tanpa perlu keluar dari rumah.


 Rajah 3.3 Contoh Website E-commerce

 Rajah 3.4 Contoh Website E-Commerce 


 Rajah 3.5 Contoh Website E-Commerce (my supply)


3.4.3   Enjin Pencari 

Enjin Pencari atau juga dikenali sebagai search engine merupakan perkhidmatan yang digunakan untuk mencari maklumat dalam halaman web. Kita hanya perlu menulis perkataan yang hendak dicari pada ruangan yang disediakan.  Contoh enjin carian yang biasa dan popular ialah Yahoo dan Google. Enjin carian ini akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci atau ungkapan yang disusun sama seperti pangkalan data. Contoh enjin carian di Malaysia ialah cari.com



Rajah 3.6 Contoh Enjin Carian google



3.5 Sidang Video

     Sidang video membenarkan lebih dari lebih dari 2 orang untuk bertemu  secara bersemuka tanpa perlunya kehadiran diri mereka secara reality. Contohnya seperti sesorang pelajar boleh berbincang denga pensyarah tanpa perlu berjumpa secara realiti. Ia membolehkan seseorang individu berkomunikasi menggunakan siding video dengan melihat antara satu sama lain melalui skrin computer. Sistem ini juga membolehkan sebarang fail computer dipindahkan menerusi talian komunikasi dan memudahkan proses perkongsian maklumat. Dengan menggunakan siding video, jarak bukan menjadi halangan lagi. Teknologi masa kini mmenjadikan penyiaran sidang video menjadi lebih terang dan jelas tanpa mengira faktor lokasi.

Sidang video ini boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar dan pensyarah dapat bertukar-tukar pendapat , menyelesaikan masalah, pensyarah boleh menerangkan tentang sesuatu subjek. Mereka juga boleh mempersembahkan tugasan melalui sidang video.  Penggunaan sidang video membolehkan pendidikan jarak jauh lebih mudah dan efektif. Dari segi perniagaan pula, proses perbincangan atau mesyuarat dapat dilaksanakan tanpa perlu keluar daripada pejabat masing-masing untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti melibatkan organisasi. 


Rajah 3.7 Contoh Video Conference


3.6 FTP (File Transfer Protocol)

      Protokol  pemindahan fail atau File Transfer Protocol (FTP)  merupakan satu kemudahan yang amat berguna dalam proses pemindahan atau perkongsian fail atau data melalui talian telekomunikasi  berkomputer.  FTP membolehkan pemindahan data dilakukan di antara dua computer yang disambungkan dengan talian internet . Fail-fail yang dapat dipindah termasuklah perisian, dokumen, fail untuk konfigurasi rangkaian dan sebagainya. Untuk memindah fail dengan menggunakan protocol yang berkenaan, seseorang memerlukan perisian pemindahan yang khas. Perisian yang popular digunakan ialah WS- FTP yang merupakan sejenis perisian freeware (diperolehi secara percuma). WS-FTP  menyediakan antaramuka mudah untuk seseorang melakukan proses FTP.


3.7 Internet Chat

Melalui  kumpulan sembang, pengguna boleh bersembang secara langsung dengan pengguna lain yang mempunyai capaian ke kumpulan sembang. Pengguna boleh memilih topik atau saluran yang diminati. Bersembang atas talian berlaku seolah-olah pengguna berhadapan dengan orang yang berkenaaan. IRC (Internet Relay Chat ) adalah contoh perisian sembang Internet yang sangat popular pada masa dahulu. Kini, masyarakat hari ini, banyak yang mempunyai akaun facebook. Laman sosial ini turut membolehkan pengguna menggunakan aplikasi sembang secara atas talian .


 Rajah 3.8 Chating


                                Rajah 3.9  Chat Icon



Sumber:

Mohd Afzaini Maarof, Siri III teknologi maklumat dan koridor raya multimedia (MSC), UTM Publishtion
Ramlah Mailok, Buku Teknologi komputer, 
Zaidatun Tasir, Sistem komputer dan aplikasinya, Venton Publishing

0 ulasan: