1.1 Penerangan projek
Sebelum penghasilan sesuatu produk multimedia, kita harus mengenalpasti dan merancang projek yang ingin dilakukan. Projek yang dihasilkan perlu dilakukan kajian secara menyeluruh dan terperinci agar segala maklumat penting tidak ketinggalan. Proses perancangan adalah perlu untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan mengkaji kaedah atau media yang perlu digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Penerangan tentang projek haruslah lebih teliti dari segi:
- Reka bentuk
- Susunan
- Warna
- Penggunaan elemen multimedia
1.2 Kajian dan pengumpulan data
Setelah mengenalpasti projek yang ingin dihasilkan, kita perlu membuat kajian dan pengumpulan data. Proses ini adalah untuk menganalisis atau mengenalpasti dan merancang untuk penyelesaian masalah.
1.3 Pembangunan Idea
Setelah semua keperluan telah dikenalpasti semasa proses analisis, seterusnya adalah proses mereka bentuk. Proses ini adalah mereka satu penyelesaian spesifik ke atas masalah yang timbul. Proses ini memerlukan seseorang untuk menyediakan carta alir dan papan cerita.
1.3.1 Membuat Carta Alir
Carta alir merupakan satu aliran simbol yang dibuat untuk
menggambarkan secara keseluruhan struktur dan interaksi
yang berlaku antara pengguna. Ini akan memberikan gambaran
tentang perjalanan aplikasi bahan multimedia yang akan
dibangunkan.
Rajah 4.1 Contoh Carta alir
1.3.2 Membuat papan cerita
Papan cerita adalah satu siri imej atau lakaran yang
menggambarkan atau menjelaskan tentang penyusunan, urutan
dan perincian maklumat tentang persembahan multimedia
yang dibangunkan. Setiap papan cerita ini boleh dihasilkan
melalui komputer atau lakaran tangan. Ini adalah penting
untuk memberi gambaran tentang keseluruhan cerita. Setiap
papan cerita ini mengandungi kandungan skrin, reka bentuk
skrin dan setiap perkaitan di antara skrin yang terlibat.
Penyediaan papan cerita yang lengkap dapat membantu
pengurus projek untuk membuat anggaran kos projek dan
menentukan tempoh masa yang diperlukan untuk
menghasilkan projek tersebut.
Rajah 4.2 Contoh Storyboard 1
Rajah 4.3 Contoh Storyboard 2
1.3.3 Mereka bentuk Antara Muka
Antara alat pengarangan yang digunakan untuk membina
antara muka adalah seperti berikut:
- Alat pengarangan berasaskan slaid persembahan: Microsoft
Powerpoint
- Alat pengarangan berasaskan buku Tatasusunan kad atau
lebaran buku: Toolbook
- Alat pengarangan berasaskan ikon-ikon yang disusun dalam
carta alir: Macromedia Authoware
- Alat pengarangan berasaskan masa atau frame: Macromedia
Director dan Flash.
Rajah 4.4 Contoh Alat pengarangan Web
Rajah 4.5 Contoh Perisian Persembahan Powerpoint
1.4 Pengesahan Kandungan
Setiap maklumat yang dihasilkan dalam produk multimedia haruslah tepat dan sahih setiap isi kandungannya. Selain itu, hak cipta juga amat dititikberatkan dalam menghasilkan sesuatu produk multimedia seperti koswer, kiosk, laman sesawang dan sebagainya untuk mengelakkan berlakunya plagiat hasil produk yang dilakukan.
1.5 Mereka bentuk elemen-elemen grafik
1.5.1 Grafik
Perisian grafik digunakan untuk menghasilkan elemen grafik
yang statik seperti gambar atau poster. Grafik ini dihasilkan
sebagai antaramuka dengan pengguna. Perisian ini digunakan
untuk menyunting atau memanipulasi imej seperti rotate, flip
dan sebagainya. Selain itu, penggunaan perisian ini adalah
untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan menambah kesan khas
pada imej seperti kesan 3D untuk menonjolkan imej tersebut.
Contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah Microsoft
Paint atau Paint Brush, Adobe Photoshop, Corel Painter, Corel
Photo Paint, Corel, Corel Draw, Freehand, Canvas, Photo
Draw dan Xara.
1.5.2 Audio
· Untuk
menghasilkan rakaman audio atau elemen audio seperti muzik atau muzik latar
kita memerlukan perisian yang sesuai.
· Antara
perisian untuk membuat rakaman audio ialah : perisian Sound Recorder, Audicity,
Sony Sound Forge (untuk PC), atau Macromedia Sound Edit (untuk Macintosh).
· Perisian
ini menyediakan kemudahan untuk menyunting audio, menambah kesan bunyi,
memotong audio dan sebagainya.
· Sony
Sound Forge dan Macromedia Sound Edit mampu untuk membuat penyuntingan audio
daripada pelbagai jenis fail audio.
1.5.3 Video
· Untuk
penghasilan klip video digital perisian yang boleh digunakan adalah Windows Movie
Maker. Ia menyediakan kemudahan yang mudah untuk pengguna. Pengguna hanya perlu
menyusun klip video yang diinginkan untuk membentuk satu klip video yang
dikehendaki. Terdapat kesan animasi dan effect yang boleh ditambah.
· Selain
itu, perisian lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan video ialah Abode
Premiere, Video Fusion, Ulead, Vegas Por, Media Studio Pro, Cyberlink
Director.Perisian ini mempunyai lebih banyak kelebihan namun memerlukan lebih
banyak masa untuk menghasilkan video yang terbaik dengan kualiti tinggi.
1.5.4 Animasi
Animasi ialah sesuatu objek yang
bergerak, dinamik dan
menarik dan mampu memberi impak kepada penonton.
Terdapat 2 jenis animasi iaitu:
menarik dan mampu memberi impak kepada penonton.
Terdapat 2 jenis animasi iaitu:
· Animasi 2D
· Animasi 3D
Perisian yang biasa digunakan untuk aplikasi 2D ialah
macromedia Flash, Toon Boom Studio. Animasi 2D yang
dihasilkan adalah untuk aplikasi multimedia dan laman web.
Animasi 3D kini banyak dihasilkan. Animasi 3D biasanya
untuk menghasilkan animasi yang berbentuk kartun untuk iklan
televisyen dan sebagainya. Perisian yang digunakan untuk
menghasilkan animasi 3D ialah Ulead Cool 3D Studio, Xara
3D, 3d studio Max, Maya, Lightwave 3D.
macromedia Flash, Toon Boom Studio. Animasi 2D yang
dihasilkan adalah untuk aplikasi multimedia dan laman web.
Animasi 3D kini banyak dihasilkan. Animasi 3D biasanya
untuk menghasilkan animasi yang berbentuk kartun untuk iklan
televisyen dan sebagainya. Perisian yang digunakan untuk
menghasilkan animasi 3D ialah Ulead Cool 3D Studio, Xara
3D, 3d studio Max, Maya, Lightwave 3D.
Rajah 4.6 Contoh kartun 2D
Rajah 4.7 Contoh kartun 3D
1.6 Penentuan navigasi dan interaktiviti
- Interaktiviti adalah elemen multimedia yang dianggap sebagai jantung kepada aplikasi multimedia. Navigasi pula berkait rapat dengan interaktiviti.Navigasi membolehkan penggunaan aplikasi dengan lebih berkesan.
- Mengawal Jujukan Kandungan
membolehkan pengguna mengawal perjalanan aplikasi
- Menyediakan Pautan Sejarah (history of links)
1. Membolehkan kita menjejaki skrin-skrin yang kita telah
paut atau lawati
2. Menyediakan lompatan tidak linear ke mana-mana skrin yang
telah dilawati sebelum ini.
- Maklum Balas Pengguna
1. Memberitahu pengguna hasil tindakannya,
2. Membantu mengukuhkan proses pembelajaran.
3. Maklum balas dalam bentuk tekstual / paparan gambar, fail
bunyi / klip video.
mendapatkan maklumat yang diingini
2. Cth: penggunaan Kamus Elektronik
1.7 Pengarangan
2. Hiburan
3. Pengiklanan
4. Rujukan
5. Pelajaran
6. Simulasi
2. Membantu mengukuhkan proses pembelajaran.
3. Maklum balas dalam bentuk tekstual / paparan gambar, fail
bunyi / klip video.
- Rujukan-Silang untuk Maklumat Berkaitan
mendapatkan maklumat yang diingini
2. Cth: penggunaan Kamus Elektronik
1.7 Pengarangan
- Alat pengarangan bagi multimedia adalah berbeza-beza dari aplikasi pemproses kata yang mudah sehinggalah ke persekitaran multimedia yang kompleks.
- Pemilihan alat untuk membangunkan produk multimedia bergantung kepada bilangan keperluan yang dikehendaki oleh pengguna.
- Terdapat pelbagai bidang yang boleh dibangunkan dengan menggunakan alat pengarangan multimedia seperti :
2. Hiburan
3. Pengiklanan
4. Rujukan
5. Pelajaran
6. Simulasi
- Antara perisian pengarangan:
1.
Mewarna dan melukis – MacDraw Pro
Illustrator
2.
Penyuntingan imej – Photoshop
3.
Penyuntingan audio – Sound Edit
4.
Penyuntingan
video– Adobe Premiere
0 ulasan:
Catat Ulasan