Sabtu, 11 Mei 2013

Keselamatan

Keselamatan komputer amat penting dan pemilik komputer perlu memastikan langkah berjaga - jaga dianbil untuk mengelakkan daripada pencuri dan penyalahgunaan peralatan komputer. Pengguna komputer mesti didedahkan dan disediakan dengan pengenalan identiti dan capaian dapat dikawal berdasarkan pengenalannya. Pengguna yang tidak berhak tidak akan dapat mencapai sebarang maklumat.


5.3.1    Penggodaman

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploitasi sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahhiran, taktik dan pengetahuan terperinci mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. 

Manakala dalam konteks biasa, penggodam merujuk kepada penggodam topi hitam (berniat jahat atau jenayah), topi putih dan topi kelabu.  


1. Topi hitam (Black hat)
  • seseorang yang memusnahkan keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi untuk keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual dan sebagainya. 
  • mereka juga mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian atau perekahan perisian (software cracking)


2. Topi kelabu (grey hat)
  • penggodam yang etikanya tidak jelas atau dibatasan undang - undang. 
  • seringkali mengaku secara terang - terangan.

3. Topi putih (White hat)
  • penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik (kebajikan) atau sekurang - kurangnya tidak berniat jahat.
  • mempunyai etika jelas dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai. 
  • penggodam yang mengekod sistem yang lebih selamat.

4. Perekah/ Penggertak (Cracker)
  • merupakan penggodam topi hitam.
  • digunakan untuk membezakan penggodam topi hitam dengan penggodam lain.
  • penggodam yang menggunakan perekahan kata laluan atau serangan kuasa keras. Berkaitan dengan istilah pemecah peti besi.
  • perekah perisian - memiliki pengkhususan dalam mengatasi mekanisme perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploitasi rangkaian, tetapi perisian. 

5. Budak skrip (script kiddie)
  • penceroboh komputer yang tidak begitu mahir
  • sekadar mengikut arahan atau menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dilakukannya. 

6. Hactivis
  • penggodam antivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik.


5.3.2    Firewall

Firewall atau dinding api merupakan sejenis perkakasan atau perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi bagi menghalang komunikasi dilarang oleh polisi keselamatan. Fungsi ini menyerupai fungsi dinding atau penghadang bahang dalam pembinaan bangunan, oleh itu ia digelar firewall


0 ulasan: