Harta intelektual atau harta intelek merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak eksklusifnya diakui di bawah undang - undang berkaitan. Di bawah undang - undang harta intelektual, pemilik akan diberikan hak eksklusif tertentu untuk pelbagai asei tidak nyata seperti muzik, penulisan, karya seni, jumpaan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka bentuk.
Harta intelektual yang bakal dibincangkan dalam topik ini merangkumi:
- Hakcipta
- Paten
- Akta Hakcipta
2.1 Hakcipta
Harta intelek merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang - undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya bagi mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat - syarat berikut:
- Usaha mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli.
- Karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentu bahan.
- Penciptanya adalah orang berkelayakan.
- Karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Karya - karya yang layak mendapatkan perlindungan harta intelek ialah:
- Karya sastera
- Karya muzik
- Karya seni
- Filem
- Rakaman bunyi
- Siaran
- Karya terbitan
Menurut Dasar Harta Intelek, harta intelek memberi sumbangan dalam pembangunan sosio - ekonomi dan teknologi dengan mewujudkan suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan harta intelek, menyediakan sistem perlindungan harta intelek berpiawai tinggi, memajukan pengeksploitan harta intelek berpotensi komersil, memupuk pembangunan industri - industri sokongan dan membangunkan keupayaan sumber manusia bagi melaksanakan dasar dengan jayanya.
Dalam bidang ekonomi, harta intelek adalah aset berharga dan alat perniagaan kritikal yang boleh memberi daya saingan. Mengurus dan memanfaatkan harta intelek secara strategik merupakan cara untuk meningkatkan daya saingan untuk jangka masa panjang negara dalam ekonomi pengetahuan.
2.2 Paten
Paten adalah satu hak eksklusif yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk suatu reka cipta baru sama ada produk baru atau proses. Perlindungan paten adalah selama 20 tahun dari tahun dan tarikh pemfailan.
Paten akan diberikan apabila sesuatu reka cipta itu menepati ciri - ciri berikut:
- Baru (novelti)
- Melibatkan langkah mereka cipta
- Boleh digunakan dalam mana - mana industri
Perlindungan paten atau pembaharuan utiliti amat penting kerana memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk membuat, mengguna atau menjual ciptaanya di Malaysia. Pemilik paten boleh mengambil tindakan undang - undang ke atas pihak yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemilik paten.
Paten dilindungi selama 20 tahun daripada pemfailan tertakluk kepada pembayaran yuran tahunan. Manakala pembaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepadan penggunaannya.
5.3 Akta Hakcipta
Akta Hakcipta merupakan suatu akta bagi membuat peruntukan yang lebih baik dalam undang - undang berhubungan dengan hak cipta dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan