Sabtu, 11 Mei 2013

Etika

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, etika merupakan prinsip moral atau akhlak atau nilai - nilai yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Etika merupakan sesuatu yang penting dan perlu dipatuhi bagi menjamin suasana yang aman dan selamat. 

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut mempunyai etika tertentu yang perlu dipatuhi bagi menjamin suasana penggunaan teknologi yang selamat dan terjamin. 

Terdapat tiga perkara yang akan dibincangkan berkaitan dengan etika iaitu:

  1. Pencerobohan
  2. Norma/ nilai
  3. Pornografi


5.4.1    Pencerobohan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencerobohan bermaksud perihal, perbuatan atau tindakan menceroboh atau pencabulan. Pencerobohan ini dilakukan oleh penceroboh yang sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem kerana berniat jahat, khianat, sabotaj dan sebagainya. 

Pengetahuan mereka hampir sama dengan penggodam, tetapi apa yang membezakan kedua - dua individu ini adalah niat mereka. Penceroboh dikenali melalui tindakan mereka yang angresif dan boleh memberi ancaman. Kebiasaannya, mereka tidak akan memberi peluang kepada pengguna sekiranya telah masuk dalam kawalan mereka.  


5.4.2    Norma/ Nilai

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, norma merupakan satu ukuran untuk menentukan sesuatu perkara, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. 

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi turut menggariskan norma/ nilai yang perlu dipatuhi oleh masyarakat dalam penggunaan teknologi. Antara perkara yang dilarang dilakukan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah:


  1. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
  2. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menghantar sebarang bentuk maklumat atau perkara rahsia rasmi yang harus diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan. 
  3. Melayari, menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan bahan, teks ucapan, imej atau bahan yang mengandungi unsur - unsur lucah. 
  4. Menggunakan penggunaan internet untuk tujuan peribadi.
  5. Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti forum, newsgroup dan papan buletin.
  6. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas.
  7. Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan fail melebihi saiz 2MB yang mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem pangkalan komputer. 







Sumber : Abd Samad Hanif, Norhasbiah Ubaidullah, Ramlah Mailok, Norhaziah Md Salleh & Khairulanuar Shamsuddin. 2005. Teknologi Maklumat



0 ulasan: