Sabtu, 11 Mei 2013

Komponen - Komponen Internet

Komponen-komponen Internet terdiri daripada:

1. HTML (Hypertext Markup Languange)

2. ISP (Internet Service Provider)
3. Alamat IP
4. Modem



1.0 HTML (Hypertext Markup Language)

      Bahasa petanda Hiperteks merupakan bahasa yang digunakan untuk membangunkan dokumen hiperteks dalam World Wide Web (WWW). Bahasa ini menentukan hubungan di antara halaman web dan menetukan bagaimana teks, grafik, dan media-media lain akan dipaparkan pada setiap halaman web. Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa HTML dalam membangunkan halaman web.


Rajah 1.1 Contoh HTML



2.0 ISP ( Internet Service Provider)

      Pembekal perkhidmatan Internet merujuk kepada organiasasi yang membekalkan pengguna dengan capaian Internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya PKI merupakan syarikat telefon. PKI menyediakan capaian internet melalui dailan dan DSL dan turut menawarkan perkhidmatan seperti transit internet, pendaftaran nama domain, dan hos web serta kolokasi.

 Rajah 1.2 Contoh ISP




3.0  Alamat IP
      Setiap computer yang dihubungkan dengan talian internet mempunyai alamat unik yang dikenali sebagai nombor internet (internet number) atau IP internet. Alamat ini menggunakan empat nombor yang dipisahkan oleh titik-titik. Contohnya alamat sebuah komputer di sesebuah organiasasi ialah 161. 189. 78.17. Setiap komputer dirujuk menggunakan nombor ini. Nombor ini diwakili oleh Sistem Nama Domain iaitu satu kaedah bagaimana komputer diwakilkan di dalam rangkaian komputer.




Rajah 1.3 Contoh Alamat IP 






Rajah 1.4 Contoh Alamat IP 




4.0 Modem
      Merupakan salah satu kaedah utama yang digunakan bagi membolehkan computer    dihubungkan dengan dunia luar. Kelajuan modem diukur dalam unit bit persaat (bits per second ). Masa yang diperlukan untuk penghantaran data melalui talian telekomunikasi  amat bergantung kepada kepantasan modem yang digunakan. Contohnya modem yang mempunyai kelajuan 36000bps boleh menghantar data dengan lebih pantas daripada modem yang mempunyai kelajaun 9600 bps. Terdapat 3 jenis moden yang utama iaitu:

· Modem Dalaman ( Internal Modem)
· Modem Luaran (External Modem)
· Personal Computer Memory Card International Association    
   (PCMCIA)



Rajah 1.5 Contoh Modem


Sumber:

Mohd Afzaini Maarof, Siri III teknologi maklumat dan koridor raya multimedia (MSC), UTM Publishtion

Ramlah Mailok, Buku Teknologi komputer, 
Zaidatun Tasir, Sistem komputer dan aplikasinya, Venton Publishing




0 ulasan: